
INI Surat-surat lama dari teman-teman sebelum mengenali duni siber dahulu. Zaman remaja, Waktu baru nak cari pengalaman kerja.(Ayat-ayat dan isi kandungannya termasuk susun letak ayat langsung tidak diubahsuai)
Membaca nya buat aku terkenang masa lalu. Lucu pun ada. Kalau lah teman-teman yang mengirimkan surat ini dulu membacanya alangkah seronok. Entah dimana semuanya sekarang. Jika ada yang terbaca, sila kontak aku. Miss u all...
Assalamualaikum,
Mr Lee Airport,
Pulau Sireh...
Salam sejahtera dan selamat tengahari buat abang Jeff yang tak buleh daku lupakan dengan ucapan ehhh!! pegang sabun hendak buat apa tu?. Oh... kalau begitu teruskan. Jangan kira siapa.
Jeff...
SEBENAR NYA SURAT HANG YANG DIKIRIMKAN PADA BARU INI KAMI DAH terima dengan geng-geng kaki pukul di Airport ni. Sungguh pun segar hati kami bila dah baca surat jeff dan tahu tentang selamat didalam perjalanan jeff dari penang hingga bandar kuala lumpur begitu juga dengan kawan kita semua. Bila dah dapat baca semuanya senyum bila baca sajak jeff tu...
Buat masa sekarang kami disini alhamdulillah sihat kawan-kawan pun tak de siapa sakit demam. Begitu juga agaknya kawan kita di kuala lumpur. Eh, tak tahu pulak apa hendak ditulis ni... Tak ada cerita apa. Ooo memang ada tentang bos dengan tulang masak 2-3 orang didapur.
Jeff, kelmarin ( Selasa ) entah macammana mak bonda kita angin tak baik mengamuk dari pagi lagi. Kes apa tak tahu juga. Stad dari pagi hingga ke petang tukang masak ashik kena marah aje. Sehingga makcik salbiah makan nasi dah suap baru dua mulut mak bonda mai kebelakang dan dia ( Mak bonda ) terus melarang dan mengatakan jangan makan nasi selagi kerja tak selesai. Begitu juga dengan ramlah dan radiah maka kesemuanya itu tak buleh makan nasi pada hari itu. Sungguh dahsyad.
Maka pada bisuk hari ( Rabu) tak siapa pun tukang masak itu datang kerja. Mungkin depa semua hendak bagi satu pengajaran baru terhadap mak bonda. ( Padan muka , bau ada akai ) Dan hari itu siapa yang masak nasi campur tau tak, cucu dia iaitu amjam dan dicampur tangan oleh anak dara embul tukang basuh pinggan. Begitulah cerita baru yang sempat kami ambil dari kantin.
Jeff,
Terasa risau juga hati kami tentang member jeff ini. Yang jeff datang kl dah dapat kerja ke belum. Atau pun dah ada tapi saja nak rihat kan badan. Apa kerja jeff??. Emm, kalau kerja airport ni pun baik. Tau tak jeff sungguh ku rindu pada mu. Dan sentiasa ingat budi baik mu. Balik dari hantar jeff malam tu langsung tak ingat apa-apa hanya mu saja jeff...masuk bilik lihat almari yang jeff punya sungguh ingat pada jeff. Tak lah lagi diriku menjadi seperti ini. Kawan lain tinggal tak lah macam jeff tinggal. Oh bila lagi kita hendak bergaul seperti kerja ditempat ni dulu. Entah lah jeff...oh jeff ingat tak lagi apa yang kita buat pada malam-malam selepas kerja. O, sepak takraw bukan. Dan selepas itu dekat nak tidur buleh dikatakan tiap-tiap malam kita bertukar-tukar fikiran bukan?. Buat masa sekarang ni, jeff tukar fikiran berbual dengan siapa pula?.
O.K lah jeff, setakat ni dulu ya...ni belum makan lagi perut dah nyanyi lagu rock dah. Oh kerja ramlee seperti biasa laaaa ni mak bonda kata tukang masak akan sampai minggu ni. Tak sampai-sampai lagi pun hoooo sunguh tak ada semangat. Order banyak banyak haaaa naik marah serta malas pula. Ni lah perangai atau hobi sekarang. O.K selamat tinggal.
Tulong jawab ya.
1992
Mister Jhon Al Tarmizee
kantin mak aji
pulau sireh...
No comments:
Post a Comment