Friday, December 18, 2009

Surat-Surat lama Dari Teman Baik (Ramlee Abd Sattar ) Bahagian Kedua



Mister Jhon Al Tarmizee

kantin mak aji
Pulau sireh...

Salam kembali buat ababg jeff tersayang. Terimakasih ku ucapkan oleh kerana sudi menjawab serta memberitahu tentang keadaan mu dibandar kuala lumpur. Dan aku minta maaf banyak-banyak oleh kerana terlambat sedikit jawab surat buat kali ini. Diatas sebab surat mu sampai masa tu aku tak ada di kantin. Oleh kerana aku cuti balik kampung 4 hari bersama kawan kita borhan. Sayang sekali jeff aku lupa nak habak dalam surat hang dulu. Kalau tidak pi jalan kampung ku dan sekarang musim buah buahan. Buleh lah merasai nya.

Tu pun burhan makan sampai berak cirek. Oh jeff, aku balik ada juga masuk beli barang dan jalan-jalan di siam, sebelah pi tak pa...sebelah patah balik hang tau tak, aku kena tangkap habak kat hang, disebelah imegresen malaysia oleh sebab masuk tanpa buat pasport. Senang kata masuk dengan cara haram. Dan bila sampai disitu dia tahan dan tanya pasport. Aku jawab pun terbelik-belik maklumlah orang salah. Lalu itu dia terus cek semua
dalam beg aku, nasib baik aku tak bawa buku tu, kalau tidak apa lah nak dikata...

Selepas itu terus dibawa aku dan burhan masuk dalam lokap, dia kata lagi, sat lagi hang kena masuk lokup balai polis dekat situ sekurang-kurangnya satu minggu. Aku pun risau lah...tengok burhan sungguh pucat macam ayam rebus, akhirnya dia kesian aku lalu dia melepaskan sambil dia kata " Nah ic hang, jangan bagi aku tengok muka hang lagi! Belah cepat...celaka sungguh manusia yang kurang biadap tu. " Ess!! kalau jumpa kat pinang aku akan lenyapkan nya...( Sambung )

Surat-Surat lama Dari Teman Baik (Ramlee Abd Sattar ) Bahagian Pertama

No comments:

Selalu tengok