Thursday, October 2, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2008

" SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI " SELAMAT DATANG...



Dari KL hari isnin 29hb.10 bertolak jam 11.30 pagi, jalan lengang, sikit pun tak jem... wah! seronok bawa kereta macamni.

Higway KL Seremban pun clear.., bawa slow2 dalam 80km sjm ke 100 sjm jer, malas nak sampai cepat. Lagi pun waktu berbuka lambat lagi.

Lalu ikut jalan rembau tampin, tak macam biasa ikut simpang kampung batu rembau. Jam satu baru sampai Tampin.


Dah masuk kawasan kampung...

Biasalah, jalan kampung sempit, tapi yang best kiri kanan jalan penuh pokok hijau2... kebanyakannya pokok buah-buahan tu...

Pekan Johol, pekan paling dekat dari rumah, tak sampai 1 kilometer. Dari aku kecik sampai sekarang , ni ler rupa dia, tak berubah2, macam pekan koboi.

Baru sampai, lebih kurang jam 1.30 pm. Depan rumah.

Kolam ikan depan rumah, dulu sawah padi, dah di komersialkan jadi tempat memancing, kira famili bisnes la...



Rumah nenek dah moden sikit, tak macam dulu bentuk minangkabau.

Rumah tinggal, sebelah rumah, sedara jugak , dah tak ada orang nak jaga, terbiar macam tu. Barang2 antik macam almari2 lama ada lagi kat dalam ni, tapi tak berani nak ambik... kalau siapa percayakan perkara2 misteri... nanti ada benda ikut.

Sebaik keluar dari kereta, orang pertama yang aku nampak mak su, tengah mengecat depan rumah. Kemudian anak2 dia yang juga sepupu aku.


Lebas subuh angah sepupu aku tembak ayam hutan, dapat lah lima ekor, ayam ni tak tinggal dalam hutan, tapi membiak banyak sekeliling rumah, malam2 tido atas pokok. Buat rendang lah, rendang mahal ni, kat kl mana ada orang buat rendang ayam hutan, kalau bela tu ada la, seko jer dah beratus ringgit, tak tau lah kalau orang kaya, huhuu... kira mewah jugak lah orang kampung ni ya.


Kami bahagi2 kan kerja, tugas aku dari sembelih ayam, bersih kan dan masak sampai siap.

Sesi masak memasak pun bermula. Cuaca panas ditambah dengan bahang api kayu, betul2 buat aku kering tekak. Puasa pulak, sungguh mencabar iman... uhuhu...

Sepupu aku tengah kopek kelapa, untungnya kelapa tak yah beli, keliling rumah banyak pokok kelapa.



Pak tam tengah kacau rendang daging.


Ini lemang Pak Su yang buat, dah siap memang sedap, tak berkerak langsung. Ni pun aku yang suruh buat malam tadi, aku cakap kalau tak bakar lemang tak macam raya...


Sepupu yang bongsu anak pak su, tak berengang dengan kambing kesayangan dia... " Si comel".




Pak Tam, Mak Tam dan sepupu2 tengah menyiap kan juadah untuk santapan orang kampung yang datang bertakbir pada malam nanti.



Malam hari raya , orang datang dari rumah kerumah lepas isyak, bertakbir. Meriah sikit la... time ni budak2 paling enjoy, malam2 sikit sibuk kira duit. Biasa nya tuan rumah akan sedekah beberapa ringgit ikut sukati diaorang.

Nenek atau wan, orang Negeri Sembilan panggil'' nenek'' tu ''wan''.


Pagi raya. Baru balik masjid.



Sesi bergambar, sepupu sebelah emak.




Ni rumah nenek yang kedua, bahagian depan masih macam dulu, bahagian belakang diubahsuai sikit.


1 comment:

Anonymous said...

Kesian aym tue kene rebussss huhuuuu

Selalu tengok