Ingat semalam nak beraya rumah khai, dek kerana ramai customer terpaksa ditangguhkan. Harini baru aku lapang. Yang ikut Aj dan Ajib. Bertolak jam 5.30 petang. Kol 6 dah sampai ulu langat. Sekejap ja, sbb ikut jalan pintas yg lalu ikut menara tinjau ampang tu. Jalan tak jem sangat. Sampai batu 14 aku dah tak ingat jalan. 3 kali sesat. 3 kali jugak la tepon khai suruh bagi guide.
Sampai rumah, kami dijamu mee bandung. Boleh tahan rasanya. Tapi Aj pulak mual2 dari tadi. Cepat-cepat dia berlari keluar.... Uwekkk!... muntah!. Macam org mengandung...huhuu.
Lepas magrib kami minum2 dekat agrotek, tak jauh dari rumah khai. Tapi sebab masih banyak yang bercuti, mood tak berapa ceria. Lampu pun tak banyak pasang. Suasana pun tak secantik macam hari biasa. Chalet pun tak ada orang. Lagi pun tempat ni jauh dalam hutan, sunyi sikit.
Tak tau ni pondok apa. Lupa tanya...

Lengang...
Waiter / waitress disini peramah...ada juga yang KIUT dan cun, kebanyakannya warga Indonesia, Sabah dan orang2 sini.
Segelas oren jus sedap macam ni, murah ja, rm 3.50 kalau tak silap.

Kami duduk tepi sungai.
No comments:
Post a Comment