Semalam 13 march tepat jam 9.15 aku sampai rumah Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia yg dikasihi. Datang kerana ada urusan kerja dengan adik ipar nya. Lokasi di jalan Bolemy KL. Sampai dipintu pagar aku disapa oleh anggota polis yang berkawal disitu. Setelah mengenalkan diri, aku dibenar memandu masuk.
Dipintu rumah banglo besar itu sedang berdiri " Abang Aji"( nama yg disebut oleh polis2 disitu ), tapi aku panggil Faisol ajer. Itulah adik ipar Pak Lah yang peramah. Cuma berkain pelikat tak berbaju. Ringkas. Aku tak berapa ingat dah berapa tahun kami kenal.
"Apa kabar?"dia menyapa sebaik aku makin mendekat.
"Baik, lama tak datang, sampai lupa jalan"balas ku.
"Kenapa tak talip0n?" soalnya pulak. Aku senyum aje.
Kemudian tiba-tiba dia menunjuk kearah sepohon pokok durian ditepi pagar.
"TENGOK TU!, 50 eko ada kot". Aku perhatikan banyak kelawar berterbangan disekeliling pokok durian yang dimaksudkan. Tapi masih belum faham apa yang ingin disampaikan.
"Sebelum ni pokok durian tu tak pernah berbuah, bila pokok durian lain semua berbunga, dia tak berbunga langsung, ada satu hari tu Pak Lah balik, saya cakap kat dia yang pokok tu tak nak berbuah walaupun sekali, Pak Lah pegi kat bawah pokok tu, dia perhatikan pokok tu, tak tau lah, mungkin dia bercakap-cakap dengan pokok tu, berdoa ke, tiba-tiba kali ni pokok tu berbunga lebat selebat-lebatya. Tengok , kelawar tu entah dari mana, asyik main-main kat pokok tu je, lebih kurang 50 eko rasanya, kat pokok lain dia tak nak, pelik...", cerita Faisol.
Betul, bila aku perhatikan lama-lama, pelik jugak, walhal pokok durian lain rapat aje dengan yang itu, tak nak lak dia main-main. Asyik kat situ-situ aje.
Entahla, Allah saja yang maha mengetahui...
Entahla, Allah saja yang maha mengetahui...
2 comments:
Nape ek camtu?..pelik gak..Hmmm..Salam ziarah..
Salam juga, ntah la...x ada yg pelik kot, mungkin kebetulan
Post a Comment