Tuesday, October 28, 2008

UBAT UNTUK PEROKOK TEGAR

" Assalamualaikum..." MEOW-MEOW... MASUK LER...




Brokoli, kobis beri perlindungan kanser

NEW YORK - Satu kajian baru yang dijalankan menunjukkan sayur-sayuran seperti kobis dan brokoli mempunyai manfaat besar untuk membantu melindungi mereka yang kuat merokok daripada kanser.

Perokok yang makan sayur brokoli atau kobis secara mentah akan mengurangkan risiko mendapat kanser kepada 20 hingga 55 peratus berbanding mereka yang merokok tetapi tidak memakan sayur.

“Golongan yang akan mendapat manfaat penting ialah perokok tegar,” kata seorang pakar kanser, Li Tang.

Brokoli dan kobis memang terkenal sebagai antara penawar baik untuk mencegah kanser dan kajian ini membuktikan sayur-sayur tersebut memberi kesan baik kepada perokok.

Tang dan rakan-rakannya dari Institut Kajian Kanser di New York melakukan kajian terhadap 948 pesakit kanser dan 1,743 responden lain yang diuji jelas menunjukkan tiada tanda-tanda kanser kerana amalan pemakanan yang sihat.

No comments:

Selalu tengok